Trump tandatangani rang undang-undang perbelanjaan sementara

Trump
Trump
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Donald Trump pada Jumaat menandatangani rang undang-undang perbelanjaan sementara sebelum tahun fiskal semasa berakhir, lapor agensi berita Xinhua.

Langkah itu bagi membolehkan kerajaan Persekutuan dapat meneruskan operasi sehingga 21 November.

Dewan dan Senat kedua-duanya meluluskan langkah itu sekali gus membolehkan anggota Parlimen mempunyai masa mencukupi untuk menentukan tahap perbelanjaan khusus jabatan persekutuan.

Tahun fiskal semasa berakhir pada 30 September dan tahun fiskal 2020 bermula 1 Oktober.

Rekod pernah dicatatkan apabila kira-kira seperempat operasi kerajaan Persekutuan ditutup selama 35 hari bermula penghujung tahun lepas hingga Januari tahun ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: