2 jam selamatkan tapir betina cedera

Seekor tapir betina cedera dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Axia di Jalan Bukit Cerakah, Puncak Alam, Kuala Selangor semalam.
Seekor tapir betina cedera dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Axia di Jalan Bukit Cerakah, Puncak Alam, Kuala Selangor semalam.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seekor tapir betina seberat 300 kilogram cedera dilanggar sebuah kereta Perodua Axia di Jalan Bukit Cerakah, Puncak Alam di sini kira-kira jam 9.30 malam semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Pehilitan) Selangor, Haidar Khan Mokbolhassan berkata, jabatan berkenaan menerima maklumat daripada anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian.

"Tapir berkenaan berada di tepi penghadang jalan dan cedera pada beberapa bahagian badan. Penghadang jalan tersebut terpaksa dipotong bagi mengeluarkan haiwan itu," katanya.

Beliau berkata, operasi menyelamat haiwan itu selesai dalam tempoh dua jam.

Keadaan Perodua Axia selepas melanggar seekor tapir betina di Jalan Bukit Cerakah, Puncak Alam, Kuala Selangor semalam.
Keadaan Perodua Axia selepas melanggar seekor tapir betina di Jalan Bukit Cerakah, Puncak Alam, Kuala Selangor semalam.

Katanya, tapir itu kemudian dibawa ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Samsol Maarif Saibani berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar dikejarkan ke lokasi kejadian manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Artikel Berkaitan: