Agong tiba di Istana Balai Besar

A
A
A

KOTA BHARU - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di Istana Balai Besar di sini pada jam 3.15 petang.

Baginda berdua menziarahi jenazah Almarhum Sultan Ismail Petra dan Sultan Muhammad V serta kerabat Diraja Kelantan.

Terdahulu, Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, baginda berdua menzahirkan ucapan takziah kepada Sultan Muhammad V serta seluruh kerabat Diraja Kelantan.

Sultan Ismail Petra mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II pada jam 8.11 pagi tadi.

Pengumuman kemangkatan baginda dibuat Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di Kota Darul Naim, Kota Bharu.

Agong beri penghormatan terakhir

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Menteri Besar Kelantan; Datuk Ahmad Yakob, Ahli Parlimen Jeli; Datuk Seri Mustapa Mohamed, Mufti Kelantan; Datuk Mohamad Shukri Mohamad, Ketua Polis Kelantan; Datuk Hasanuddin Hassan tiba di Istana Balai Besar untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Ismail Petra yang mangkat pada pukul 8.11 pagi ini, Almarhum Sultan Ismail Petra adalah ayahanda Sultan Kelantan Sultan Muhammad V. Lapor Wartawan Kota Bharu, Akmalia Razak.

Posted by Sinar Harian on Saturday, September 28, 2019

KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku Berdua ketika berangkat menaiki pesawat angkut TUDM A400M ke negeri Kelantan semalam untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Ismail Petra. Keperibadian tinggi Seri Paduka Baginda Tuanku Berdua terserlah apabila Baginda berkenan berangkat menggunakan pesawat angkut tersebut kerana pesawat kerajaan digunakan untuk tujuan rasmi yang lain. Turut mengiringi Baginda Tuanku Berdua adalah pegawai-pegawai dan kakitangan Istana Negara yang turut menaiki pesawat angkut tersebut. Daulat Tuanku #agongkita #permaisurikita #ourking #ourqueen #tudm #a400m #royal #malaysia

Artikel Berkaitan:

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on Sep 28, 2019 at 8:14pm PDT