Pilihan raya Afghanistan ragut dua nyawa

Jutaan penduduk Afghanistan dijangka keluar mengundi untuk memilih presiden baharu. - Foto Agensi
Jutaan penduduk Afghanistan dijangka keluar mengundi untuk memilih presiden baharu. - Foto Agensi
A
A
A

KABUL - Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan 17 lagi cedera dalam letupan serta bedilan roket di Afghanistan hari ini ketika pilihan raya presiden sedang berlangsung di negara itu.

Dalam insiden di timur wilayah Nangarhar, sekurang-kurangnya seorang maut manakala tiga yang lain cedera selepas bahan letupan meletup di sebuah sekolah yang digunakan sebagai pusat mengundi di daerah Rod Sorkh.

Jurucakap polis, Mohammad Qasim Azad memberitahu, letupan lain di dalam sebuah masjid yang digunakan sebagai pusat mengundi di bandar Kandahar pula mencederakan sekurang-kurangnya 14 orang termasuk seorang anggota polis.

"Peranti letupan diletakkan di dalam pembesar suara masjid," katanya.

Sementara itu, ahli majlis wilayah Kunduz Ghulam Rabbani mengesahkan seorang pemerhati pilihan raya dilaporkan terkorban dalam serangan roket yang didakwa dilancarkan kumpulan militan Taliban kira-kira jam 4 pagi (waktu tempatan). - Agensi

Artikel Berkaitan: