PPZ-MAIWP bertemu penduduk PPR sebar kebaikan

Abdul Hakim (tiga dari kiri) beramah mesra bersama pengunjung di Program Komuniti PPR Pudu Ulu Sebarkan Kebaikan di sini hari ini.
Abdul Hakim (tiga dari kiri) beramah mesra bersama pengunjung di Program Komuniti PPR Pudu Ulu Sebarkan Kebaikan di sini hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) menggunakan pendekatan turun padang untuk mempromosi dakwah zakat kepada masyarakat menerusi Program Komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pudu Ulu Sebarkan Kebaikan di Dataran Pudu Ulu di sini hari ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu adalah kali kedua diadakan bagi kawasan PPR sebagai usaha mendekati komuniti.

Menurutnya, sebanyak enam reruai disediakan pada program kali ini antaranya Sabahat Zakat, Skim Kafalah Muzzaki (Skim Khairat Kematian), Skim Potongan Zakat Bulanan, van kaunter zakat bergerak, lori agihan Baitulmal-MAIWP.

"Skim potongan zakat bulanan antara yang dibawa pada program hari ini. Skim ini antara yang popular di PPZ-MAIPWP kerana bayaran itu ditolak terus dari cukai berjadual.

"Pembayar zakat ini telah melaksanakan dua tanggungjawab iaitu tugas sebagai seorang beragama Islam dan juga kepada negara menerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri, " katanya selepas merasmikan program itu di Dataran Pudu Ulu Cheras di sini.

Abdul Hakim (kiri) menyantuni seorang waga emas pada Program Komuniti PPR Pudu Ulu di sini hari ini.
Abdul Hakim (kiri) menyantuni seorang waga emas pada Program Komuniti PPR Pudu Ulu di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Komunikasi dan Perkhidmatan Korporat CSR Tesco, Rohazida Mohamed dan Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Pudu Ulu, Nooranis Zulkefly.

Abdul Hakim berkata, program tersebut mendapat kerjasama Persatuan Penduduk PPR Pudu Ulu dan pihak Tesco.

Artikel Berkaitan:

"Penduduk juga boleh membuat semakan permohonan bagi yang berkelayakan tanpa perlu berurusan di kaunter.

"Malah Tesco turut membuka kaunter bagi sesi temuduga terbuka sebagai inisiatif menawarkan pekerjaan kepada mereka yang sedang mencari kerja," katanya.

Beliau berharap, program itu dapat meningkatkan pembangunan ummah agar lebih ramai masyarakat menunaikan zakat sekaligus kitaran antara pembayar

zakat dan asnaf dapat diseimbangkan.

Sementara itu menurut, Rohazida, Tesco membuka 30 peluang pekerjaan pada hari ini termasuk 'rider' bagi penghantar pembelian atas talian.

"Ini juga adalah salah satu inisiatif CSR Tesco untuk menyediakan peluang pekerjaan pelbagai bidang dari eksekutif kepada sokongan termasuk kepada warga emas dan OKU (orang kurang upaya).

"Selain itu, Tesco juga memerlukan khidmat rider bagi memenuhi permintaan pelanggan yang membuat tempahan atas talian khasnya bagi kawasan sekitar Lembah Klang," katanya.

Abdul Hakim (dua dari kiri) beramah mesra bersama penduduk PPR Pudu Ulu yang hadir pada program komuniti Sebarkan Kebaikan yang diadakan di PPR itu hari ini.
Abdul Hakim (dua dari kiri) beramah mesra bersama penduduk PPR Pudu Ulu yang hadir pada program komuniti Sebarkan Kebaikan yang diadakan di PPR itu hari ini.