Sultan Selangor berkenan terima zakat perniagaan RM7.8 juta

Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan QSR Brands (M) Holdings Berhad daripada Azahari (dua dari kiri) di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam semalam.
Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan QSR Brands (M) Holdings Berhad daripada Azahari (dua dari kiri) di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan berjumlah RM7.8 juta daripada dua syarikat korporat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Istana Bukit Kayangan di sini semalam.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang diwakili Ketua Perkhidmatan Pelanggan Negeri Selangor, Datuk Ir Md Yuslan Md Yusof menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2017 dan 2018 berjumlah RM5,402,317.88.

Majlis penyerahan zakat kemudian disusuli QSR Brands (M) Holdings Berhad diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Seri Azahari Mohamed Kamil dengan jumlah serahan zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2018 sebanyak RM2,361,481.

Majlis itu turut dihadiri Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail; Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan Mat Yusop dan Ketua Divisyen Kutipan LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini.

Artikel Berkaitan: