Pemimpin PH merafak sembah takziah kemangkatan Sultan Ismail Petra

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah takziah di atas kemangkatan Sultan Ismail Petra Sultan Yahya Petra kira-kira jam 8.11 pagi tadi di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, Kelantan

“Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un. Merafak sembah takziah kepada KDYMM Sultan Muhammad V, keluarga, ahli-ahli kerabat diraja dan seluruh rakyat Kelantan atas kemangkatan Sultan Ismail Petra.

“Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” ciapnya di laman mikro Twitter miliknya.

Turut merafak sembah takziah Presiden Amanah yang juga Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

"Innalillahiwainnailaihirajiun. Merafak sembah takziah atas kemangkatan Almarhum Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada pagi ini.

"Semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah," tulisnya menerusi ciapan di Twitter.

Artikel Berkaitan:

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu antara yang menyampaikan ucapan takziah di atas kemangkatan Sultan Ismail Petra Sultan Yahya Petra kira-kira jam 8.11 pagi tadi di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, Kelantan.
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu antara yang menyampaikan ucapan takziah di atas kemangkatan Sultan Ismail Petra Sultan Yahya Petra kira-kira jam 8.11 pagi tadi di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, Kelantan.

Sementara itu, laman Facebook Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi dalam hantarannya yang dimuat naik kira-kira jam 9 pagi tadi memaklumkan, jenazah Almarhum Sultan Ismail Petra akan dibawa ke Istana Balai Besar untuk istiadat penghormatan kali terakhir.

Entri berkenaan turut memaklumkan bahawa istiadat pemakaman dijangka akan dilangsungkan selepas solat Asar di Makam Diraja Langgar Kota Bharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Ismail Petra mangkat