X

Kindly register in order to view this article
!

Belanjawan 2020: Fokus penglibatan wanita dalam sektor pekerjaan

Guan Eng mengadakan sidang media selepas merasmikan tiga perkhidmatan baharu di Hospital Mount Miriam hari ini. - Foto Bernama
A
A

GEORGETOWN - Kerajaan akan memberikan tumpuan meningkatkan penyertaan golongan wanita dalam sektor pekerjaan menerusi Belanjawan 2020 yang akan dibentang pada 11 Oktober ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, selain itu belanjawan itu juga akan memfokuskan kepada mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

"Kita nak tingkatkan penyertaan golongan wanita dalam sektor pekerjaan di mana penglibatan wanita kini hanya mencapai 56 peratus berbanding lelaki hampir 80 peratus," katanya selepas majlis pelancaran tiga perkhidmatan baharu di Hospital Kanser Mount Miriam di sini hari ini.

Beliau berkata, langkah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan itu bagi mengurangkan kadar pengangguran khususnya dalam kalangan belia.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih turut meminta semua pihak menghormati keputusan inkues kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang diputuskan Mahkamah Koroner semalam bahawa kematiannya akibat perbuatan jenayah oleh lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.

Beliau berharap keadilan dapat ditegakkan dengan menangkap dan mendakwa mereka yang bertanggungjawab terhadap kematian Muhammad Adib.

Muhammad Adib, yang merupakan anggota bomba Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, meninggal dunia pada 17 Disember lepas selepas 21 hari bertarung nyawa susulan insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya tahun lepas. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!