Pemergian M Chandran satu kehilangan besar: FAM

Mendiang mewakili skuad negara sebanyak 163 kali membabitkan perlawanan antarabangsa dan seorang pemain pertahanan yang disegani di peringkat Asia.
Mendiang mewakili skuad negara sebanyak 163 kali membabitkan perlawanan antarabangsa dan seorang pemain pertahanan yang disegani di peringkat Asia.
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menyifatkan pemergian legenda bola sepak Malaysia, Datuk M Chandran satu kehilangan besar kepada negara.

Bekas pemain kebangsaan dan Selangor itu dilaporkan meninggal dunia pada usia 77 tahun di kediamannya di Ampang Jaya, Selangor pada jam 7.30 pagi tadi.

"Mendiang merupakan kapten skuad kebangsaan dan Selangor adalah anggota skuad Olimpik 1972 di Munich dan turut pernah menjadi jurulatih kebangsaan.

"Sudah tentu ia satu kehilangan besar kepada bola sepak negara. Jasa dan pengorbanannya pasti akan terus dikenang selamanya," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sebelum ini mendiang dilaporkan berada dalam keadaan uzur akibat jangkitan paru-paru serius dan turut dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Aktif dalam bola sepak awal 1960-an sehingga dapat mewakili skuad negara sebanyak 163 kali membabitkan perlawanan antarabangsa, mendiang adalah seorang pemain pertahanan yang disegani di peringkat Asia.

Chandran yang dilahirkan di Sungai Siput, Perak pada 1942 meninggalkan balu, Datin Pushtalata dan dua anak lelaki, C Kumarason dan C Vicnaraj, masing-masing berusia 38 dan 36 tahun.

Upacara persemadian akan dilakukan di Sentul Cremation Ground, berdekatan kuil AthiEswaran pada jam 5 petang ini.

Artikel Berkaitan: