Zuraida jumpa pembeli PR1MA bulan depan

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin. - Foto Bernama
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin. - Foto Bernama
A
A
A

SUBANG JAYA - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan bertemu dengan pembeli awal Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang mendakwa telah mengalami kerugian kerana membeli rumah pada harga asal.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, pertemuan itu akan diadakan bulan depan.

Beliau menambah kementerian telah menerima dan mengumpulkan lebih 500 rayuan pembeli daripada seluruh negara.

Bagaimanapun pada sidang media tiada komitmen diberikan sama ada pembeli ini akan diberi pampasan.

"Tiada (pampasan) tetapi saya akan bertemu dengan mereka... Saya telah pun memberitahu beberapa daripada mereka (mengenai mesyuarat) mereka sedang menunggu," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pertukaran dokumen antara PR1MA dan pemaju di sini hari ini.

Zuraida berkata, pemaju juga menawarkan sehingga 30 peratus diskaun dan rebat kepada pembeli baharu dalam usaha untuk meningkatkan jumlah pembeli bagi rumah berharga dalam lingkungan RM250,000 hingga RM270,000.

Pada Julai tahun ini 1,058 individu memfailkan saman pemula terhadap PR1MA di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menuntut supaya diskaun PR1MA diisytiharkan sebagai 'batal dan tidak sah'. - Bernama

Artikel Berkaitan: