'Kerjasama Pas-UMNO sudah digerakkan sebelum PRU14'

Ahmad (kiri) bersama Mohamad (tiga dari kanan) dan Ibrahim (dua dari kanan) pada Ceramah Perdana Hijratul Rasul dan Penyatuan Ummah Peringkat Negeri Kelantan di Stadium Mini Pasir Mas.
Ahmad (kiri) bersama Mohamad (tiga dari kanan) dan Ibrahim (dua dari kanan) pada Ceramah Perdana Hijratul Rasul dan Penyatuan Ummah Peringkat Negeri Kelantan di Stadium Mini Pasir Mas.
A
A
A

PASIR MAS - Penyatuan Pas dan UMNO menerusi Piagam Muafakat Nasional yang akhirnya dimeterai 14 September lalu suatu keputusan yang amat baik dalam usaha membentuk jalinan kerjasama lebih utuh antara kedua-dua parti terbesar Melayu Islam itu.

Tanpa berselindung Timbalan Mursyidul Am, Datuk Ahmad Yakob mendedahkan usaha kerjasama antara kedua-dua parti itu sudah digerakkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) namun tidak diizinkan oleh ALLAH.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, bagaimanapun penyatuan Pas dan UMNO itu ditakdirkan berlaku selepas PRU14.

"Apa yang berlaku (Muafakat Nasional) merupakan salah satu bentuk tarbiah dari ALLAH buat kedua-dua parti yang merupakan parti pembangkang," katanya ketika menyampaikan ucapan Ceramah Perdana Hijratul Rasul dan Penyatuan Ummah Peringkat Negeri Kelantan di Stadium Mini Pasir Mas di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menurutnya, beliau bersyukur penyatuan Pas dan UMNO itu berlaku dengan begitu cepat.

Katanya, penyatuan itu mampu memperkasakan lagi Islam dan Melayu di negara ini.

Artikel Berkaitan: