Henti caj transaksi harus diperluas: NUBE

Laporan muka depan akhbar Sinar Harian sebelum ini.
Laporan muka depan akhbar Sinar Harian sebelum ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) menggesa Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) untuk memperluaskan keputusan menghentikan caj transaksi yang dikenakan bagi penggunaan cek dan bayaran tunai untuk pembayaran kad kredit dan pembiayaan melalui kaunter dan mesin deposit tunai (CDM) meliputi transaksi lain di kaunter.

Setiausaha Agung NUBE, J Salomon berkata, bank mempunyai kewajipan moral sebagai penjaga wang pelanggan dan dengan itu pelanggan mengharapkan perkhidmatan terbaik tanpa caj tambahan.

Beliau berpendapat bahawa adalah tidak wajar bagi bank untuk mengenakan caj kepada pelanggan mereka yang sebenarnya mendepositkan wang mereka sendiri, oleh itu keputusan untuk menghentikan caj mesti diperluaskan kepada semua transaksi, bukan hanya mereka yang membuat pembayaran kad kredit dan pinjaman.

"Apa yang kami katakan ialah bank-bank terlalu ghairah untuk mengaut keuntungan hinggakan mereka memikirkan mengenai keuntungan sepanjang masa, walaupun pada perkhidmatan asas yang mereka perlu sediakan secara percuma.

"Tetapi bagaimana pula dengan pelanggan yang mempunyai akaun bank, akaun simpanan, akaun semasa, dan mereka mahu deposit ke dalam akaun mereka, dan jika mereka mahu membuat deposit di kaunter anda tidak boleh mengenakan bayaran kerana itu adalah kemudahan asas bank yang disediakan untuk pelanggan mereka, " katanya kepada Bernama.

Solomon yang juga setiausaha sgung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berkata, objektif untuk mengurangkan tenaga kerja dipercayai menjadi faktor utama bagi bank dalam mempromosikan perbankan dalam talian.

J Salomon
J Salomon

"Bagaimanapun pelanggan/pengguna mungkin tidak begitu selesa dengan perbankan dalam talian kerana ia juga menyebabkan kerugian untuk pelanggan.

Artikel Berkaitan:

"Terdapat juga kes-kes yang dilaporkan bahawa wang dalam akaun mereka lesap melalui perbankan dalam talian dengan itu menimbulkan kebimbangan di sesetengah pelanggan.

" Oleh itu, mereka lebih suka datang dan memasukkan atau mengeluarkan wang di kaunter," katanya.

Beliau menambah bahawa bank tidak sepatutnya mengenakan apa-apa caj perkhidmatan bagi semua transaksi di kaunter kerana adalah hak pengguna untuk membuat transaksi perbankan melalui mesin juruwang automatik (ATM) secara online atau di kaunter.

Semalam ABM yang mewakili 26 bank komersial di negara ini mengumumkan bahawa ia akan berhenti mengenakan caj untuk cek dan pembayaran tunai untuk pembayaran kad kredit dan pinjaman di kaunter dan di CDM.

Sementara itu Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, CAP akan berhubung dengan Bank Negara (BNM) untuk membincangkan perkara itu.

"Sebahagian masyarakat kita tidak pandai dengan Internet dan ini tidak adil kepada mereka. Nanti kita akan 'check' dulu dan berhubung dengan Bank Negara (BNM)...pendirian CAP semua urusan (dalam bank) mesti tidak boleh dikenakan bayaran," katanya. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: 'Caj terus RM100 kalau nak untung sangat'

26 bank setuju henti caj transaksi mesin, kaunter