Trump kurangkan kemasukan pelarian

Kemasukan pelarian di AS akan dikurangkan kepada 18,000 berbanding 30,000 orang sebelum ini. - Foto AFP
Kemasukan pelarian di AS akan dikurangkan kepada 18,000 berbanding 30,000 orang sebelum ini. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump merancang untuk mengurangkan program penempatan semula pelarian di negara itu kepada 18,000 orang berbanding jumlah semasa 30,000.

Menerusi kenyataan Jabatan Negara cadangan tersebut adalah kesinambungan negara itu untuk membantu mereka yang memerlukan selain memikul tanggungjawab utama iaitu melindungi rakyat AS.

Sebelum memuktamadkan perubahan kemasukan pelarian, pentadbiran Trump telah berunding dengan Kongres namun kuasa membuat keputusan terletak di tangan Rumah Putih.

Jumlah semasa 30,000 orang adalah paling rendah sejak penubuhan program terbabit pada tahun 1980 dan kemasukan paling ramai adalah ketika pemerintahan bekas presiden Barack Obama sebanyak 85,000 orang. - AFP

Artikel Berkaitan: