Wanita ditemui mati separuh bogel dalam bilik pekerja

No Image Caption
A
A
A

KAJANG - Tanda tanya seorang majikan apabila pekerjanya tidak ke tempat kerja selama tiga hari terjawab apabila seorang wanita ditemui mati dalam keadaan separuh bogel di bilik pekerja di Jalan Reko, di sini, petang semalam.

Mangsa warga Indonesia berusia lingkungan 30-an ditemui dalam keadaan kedua-dua tangan berikat dan mulut disumbat dengan kain.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Sabri Abdullah berkata, Bilik Gerakan Polis Daerah Kajang menerima penggilan telefon melalui MERS 999 daripada seorang lelaki Melayu memaklumkan pekerjanya tidak datang bekerja selama tiga hari.

Menurutnya, majikan mangsa kemudian membuat pemeriksaan di tempat tinggal pekerjanya dan mendapati pekerjanya sudah meninggal dunia.

"Siasatan awal Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kajang mendapati, si mati ditemui meninggal dunia di bilik pekerja berdekatan tempat kerjanya.

"Mangsa yang bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai perabot di kawasan kejadian kali terakhir dilihat pada jam 9 malam Khamis lalu," katanya mangsa tinggal bersendirian di rumah pekerja itu.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan diteruskan untuk mengesan saspek.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Ismail Ahmad di talian 019-2306107," katanya.