Mask berkualiti tinggi Dr Morita

Menggunakan tujuh varian antaranya ekstrak membran kulit telur, petola, licorice dan ekstra peria gunung

A
A
A

DR MORITA, jenama topeng rawatan kecantikan wajah paling laris di Taiwan menampilkan pilihan yang lebih banyak kepada pengguna di Malaysia.

Dengan kerjasama Guardian Malaysia, Dr Morita baru-baru ini melancarkan tujuh varian terbaharu dan paling laris menggunakan bahan-bahan menarik.

Antaranya ialah ekstrak membran kulit telur, yis sake, biji coix (Job’s Tears), petola (luffa), licorice dan ekstra peria gunung.

Ketua Pegawai Eksekutif Dr. Jou Biotech Co Ltd, Chunhsu Jou berkata, ia merupakan sebahagian daripada bahan-bahan unik digunakan ahasil gabungan kumpulan penyelidikan dan pembangunan terbaik.

"Dr Morita merupakan jenama yang mempunyai warisan melebihi 85 tahun dalam bidang kecantikan. Syarikat Dr Morita amat mengutamakan penyelidikan dan pembangunan produk kecantikannya dan menjadikan Jepun sebagai pusat penyelidikan yang utama.

"Dr.Morita merupakan pengeluar mask kecantikan berkualiti tinggi yang tiada tandingan. Ia menggabungkan konsep saintifik dan bahan-bahan semula jadi yang terbaik, amat disukai ramai dan menjadikannya jenama paling laris di Taiwan.

"Sambutan daripada peminat Malaysia sangat baik dan amat menggalakkan. Oleh sebab itu, kami memperluaskan rangkaian produk kami bagi memenuhi keperluan pengguna. Kami amat menghargai sokongan yang diberi oleh Guardian Malaysia selama empat tahun ini,” katanya.

VARIASI mask Dr Morita

- Dr. Morita Tea Tree & Licorice Pore Refining Facial Mask 5s

- Dr. Morita Luffa & Amino Acid Moisturizing Facial Mask 5s

Artikel Berkaitan:

- Dr. Morita Anti-Oxidant Hydrating Facial Mask 5s

- Dr. Morita Egg Shell Membrane & Sake Yeast Essence Moisturizing Facial Mask 5s

- Dr. Morita Hyaluronic Acid & Sake Yeast Essence Moisturizing Facial Mask 5s

- Dr. Morita Revitalizing Essence Facial Mask 5s

- Dr. Morita Whitening Essence Facial Mask 5s