Keselamatan warga emas di rumah

Bagaimana lindungi mereka yang terlantar?

A
A
A

MENJAGA ibu, bapa ataupun warga emas yang terlantar dek penyakit kronik di kediaman peribadi memerlukan persediaan rapi baik dari segi segi mental mahupun fizikal.

Biarpun ia bukan tugasan yang mudah, namun pengalaman menjaga mereka tidak akan terbeban sekiranya para penjaga bijak mengatur masa, keadaan dan menyediakan kelengkapan.

Satu daripadanya adalah dengan menitikberatkan aspek keselamatan di rumah bagi mengelak kemalangan atau kecederaan ringan menimpa insan tersayang.

Sehubungan itu, Tip Keluarga edisi kali ini menyenaraikan panduan keselamatan di rumah hasil saranan TENA, Pakar Yang Memahami sempena Kempen Sentiasa Denganmu Mak Abah Di Mana Jua: Idea Mudah Untuk Rumah, Ibu Bapa Lebih Selesa TENA yang mendapat kerjasama pereka dekorasi terkenal, Dr Eric Leong.

Kempen tersebut bertujuan mengalakkan anak-anak lebih peka dengan perkara kecil termasuk memainkan peranan aktif dalam mendepani cabaran menguruskan ibu dan bapa.

Antaranya melibatkan cara pengurusan dan pengubahsuaian mudah kediaman bagi mengurangkan risiko para ibu dan bapa yang semakin meningkat usia terjatuh.

"Satu perkara terbaik yang boleh dilakukan demi keselesaan ibu dan bapa adalah membantu mengekalkan kebebasan mereka di dalam rumah. Justeru, inisiatif pengubahsuian kamar tidur, bilik mandi dan ruang tamu dapat memudahkan pergerakan mereka dengan selamat.

"Selain itu, penggunaan warna yang betul dan aroma menyegarkan juga menyuntik suasana lebih santai," jelasnya dalam satu kenyataan kepada Femina baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Berikut ialah beberapa tip keselamatan di kediaman seperti yang dicadangkan:

Keselamatan umum

- Menyimpan satu senarai nombor kecemasan di dalam telefon.

- Menggunakan peranti amaran perbuatan yang menawarkan bantuan kecemasan dan pemantauan selama 24/7.

- Jangan biarkan wayar berselerak di atas lantai.

- Memakai kasut tapak getah yang bersesuaian.

Lampu

- Pastikan lampu dipasang berhampiran tangga, bilik air, bilik tidur, dapur dan laluan utama.

- Menempatkan sebuah lampu. berhampiran katil insan tersayang.

- Memastikan cahaya lampu menerangi laluan ke bilik ai pada waktu malam.

Lantai dan perabot

- Memastikan ruang lebih luas dan laluan berjalan yang selamat.

- Meletakkan tikar antilicin dan pita di atas permukaan lantai yang licin.

- Mengalihkan semua permaidani berbulu yang licin.

- Memastikan semua perabot di rumah dalam keadaan stabil.

- Menutup semua sudut, permukaan atau bucu yang tajam.

Bilik air

- Memasang palang sokongan.

- Meletakkan tikar antilicin di dalam bilik air dan berhampiran sinki.

- Menyediakan kerusi mandi di bilik air dan tempat duduk tandas.

- Memastikan tikar dipasang dengan baik dan selamat di lantai bilik air

Dapur

Menyimpan perkakas dapur di tempat yang mudah diambil.