Lagi kes demam babi Afrika di Korea Selatan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SEJONG- Korea Selatan mengesahkan kes kesembilan demam babi Afrika di negara tersebut hari ini yang mencetuskan kebimbangan berhubung penularan virus penyakit haiwan yang membawa maut itu berhampiran sempadan antara Korea, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan kementerian pertanian.

Kes terbaru dilaporkan di Pulau Gangwha, yang merupakan sebahagian daripada bandar Incheon, 60 kilometer di barat Seoul, menurut Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar.

Satu lagi kes yang disyaki di Yangju, yang terletak di utara Seoul, diuji negatif.

Kes pertama penyakit itu dilaporkan pada 17 September. Kesemua kes yang disahkan setakat ini berada di kawasan sempadan antara Korea.

Pada Khamis, kementerian itu melanjutkan larangan pergerakan ke atas semua ladang ternak babi, rumah penyembelihan dan fasiliti berkaitan di seluruh negara selama dua hari lagi dalam usaha mencegah penularan demam babi Afrika.

Virus itu tidak berbahaya kepada manusia namun cepat berjangkit dan boleh membawa maut kepada babi.

Penyakit itu tidak mempunyai penawar dan satu-satunya cara yang diketahui boleh mencegah penularan virus tersebut ialah dengan membunuh ternakan yang terjejas secara besar-besaran. - Bernama

Artikel Berkaitan: