Putera Harry lawat periuk api di Angola

Putera Harry, hari ini melawat kawasan dipenuhi periuk api yang pernah dilakukan oleh mendiang ibunya, Puteri Diana.- Foto PA
Putera Harry, hari ini melawat kawasan dipenuhi periuk api yang pernah dilakukan oleh mendiang ibunya, Puteri Diana.- Foto PA
A
A
A

JOHANNESBURG - Putera Harry hari ini melawat kawasan dipenuhi periuk api sebelum ini di Angola Afrika Selatan di mana ia pernah dilakukan oleh mendiang ibunya, Puteri Diana dalam kempennya supaya mengharamkan periuk api 22 tahun lalu.

Harry, isterinya, Meghan dan anak mereka, Archie empat bulan tiba di Afrika Selatan Isnin lalu untuk lawatan ke Afrika Selatan yang merupakan kunjungan ke luar negara pertama mereka sekeluarga.

Kedatangan mereka mengundang ramai penduduk keluar beramai-ramai pada kunjungan pertamanya itu selama tiga hari di Cape Town.

Malah mereka juga turut melawat pertubuhan bukan kerajaan dan juga bertemu dengan pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Desmond Tutu.

Sementara Meghan dan Archie tinggal di Afrika Selatan, Harry pula menuju ke Bostwana semalam dan memberi amaran dunia sudah kehilangan masa dan tiada siapa boleh menafikan sains dalam ucapannya mengenai perubahan suhu.

Hari ini beliau melawat padang yang sudah bebas daripada periuk api di luar Dirico pekan di wilayah Cuando Cubango di Angola dan dijangka memusnahkan periuk api secara kawalan jauh dan bertemu anggota komuniti.

Harry juga mengunjungi Huambo untuk melawat kawasan pernah dikunjungi Diana dan menjadi padang periuk api bahaya pada 1997 tetapi kini sudah pesat membangun.

Gambar Diana memakai alat perlindungan ketika berjalan di celah papan tanda tengkorak merah dan tulang bersilang di Huambo menjadi publisiti meluas bagi pertubuhan kebajikan Britain HALO Trust yang membersihkan sisa periuk api ketika perang saudara Angola.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun Diana meninggal beberapa bulan sebelum perjanjian internasional melarang akta senjata ditandatangani akhir tahun itu.

Periuk api sudah tertanam selama 27 tahun pada perang saudara di Angola yang berakhir pada tahun 2002. - Agensi