Polis buru pemandu Myvi putih lawan arus

Sebuah Perodua Myvi yang memandu secara melawan arus di Lebuhraya MEX dirakam oleh pengguna jalan raya lain. Foto: Ihsan Pembaca
Sebuah Perodua Myvi yang memandu secara melawan arus di Lebuhraya MEX dirakam oleh pengguna jalan raya lain. Foto: Ihsan Pembaca
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis giat mengesan sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih yang memandu melawan arus petang semalam.

Dalam kejadian pada jam 2.57 petang semalam kereta itu dirakam memandu melawan arus di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) berhampiran Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengetahui tentang kejadian itu supaya tindakan dapat diambil.

"Setakat ini tiada laporan polis diterima berhubung kejadian itu.

“Kejadian itu hanya diketahui selepas ia tular di media sosial. Tiada maklumat tepat mengenai nombor pendaftaran kenderaan tersebut menyebabkan tindakan sukar diambil,” katanya.

Terdahulu satu video yang dirakam melalui 'dashcam' tular di laman sosial Facebook menunjukkan Perodua Myvi terbabit memandu melawan arus menyebabkan pemandu kereta yang merakam aksi itu terpaksa mengelak daripada bertembung.

Artikel Berkaitan: