12 kematian akibat vape di AS

Seramai 12 rakyat di US meninggal dunia akibat ketagihan rokok elektronik atau vape.
Seramai 12 rakyat di US meninggal dunia akibat ketagihan rokok elektronik atau vape.
A
A
A

WASHINGTON - Seramai 12 rakyat di Amerika Syarikat (AS) meninggal dunia akibat ketagihan menghisap rokok elektronik, kata pegawai perubatan.

Selain itu, 805 kes kecederaan paru-paru juga dikaitkan tabiat penggunaan rokok tersebut.

Bagaimanapun, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) melaporkan angka korban terbaru berkenaan belum dapat dikenalpasti bahan yang menyebabkan kes kematian terkini itu.

Bagaimanapun, kebanyakan pesakit dilaporkan ada sejarah menggunakan produk rokok elektronik mengandungi THC iaitu bahan utama dalam kanabis.

 12 kematian membabitkan 10 negeri termasuk California ke Florida manakala kes kecederaan membabitkan 46 negeri dan kepulauan Virgin.
12 kematian membabitkan 10 negeri termasuk California ke Florida manakala kes kecederaan membabitkan 46 negeri dan kepulauan Virgin.

CDC berkata, 12 kematian membabitkan 10 negeri termasuk California ke Florida manakala kes kecederaan membabitkan 46 negeri dan kepulauan Virgin.

Kematian pertama yang direkodkan berlaku di Illinois pada 24 Ogos lalu.

Selain itu, peningkatan kes turut dikaitkan dengan isian semula yang dibeli di pasaran gelap.

Artikel Berkaitan:

Tiga minggu lalu, India dan Massachusetts telah mengharamkan penjualan rokok elektronik manakala New York dan Michigan pula melarang rokok elektronik berperisa.

Pentadbiran Presiden AS Donald Trump mahu mengharamkan semua rokok jenis itu kecuali produk berperisa tembakau bermula Oktober ini. - AFP