X

Kindly register in order to view this article
!

Pelihara aurat diri selepas bercerai

A
A

TIADA siapa yang mahukan penceraian berlaku, apatah lagi jika pasangan berkenaan mempunyai anak yang masih kecil.

Begitupun, andai perkara itu terjadi, kita seharusnya menerimanya dengan reda jika ia satu-satunya jalan terakhir.

Selepas bercerai, pasangan itu perlu melalui proses idah yang ditetapkan.

Bagaimanakah kedaaan aurat pasangan suami isteri berkenaan sepanjang idah penceraian?

Menjawab persoalan itu, penceraian merupakan satu perkara yang mana syarak mendatangkan hukum-hukum berkaitan.

Antara isu apabila berlaku penceraian ialah hak muta’ah, hak tempat tinggal semasa idah, penjagaan anak, harta sepencarian dan selainnya.

ALLAH SWT Maha Bijaksana dalam mengaturkan hamba-hamba-NYA dari permulaan pertunangan hinggalah kepada penceraian jika ia berlaku.

Adapun hukum aurat bagi isteri dan suami apabila berlaku perceraian terbahagi kepada dua pandangan ulama.

Mazhab Hanafi dan satu riwayat dalam Mazhab Hanbali menyatakan, tidak wajib menutup aurat manakala, Mazhab Maliki dan Mazhab Syafie menyatakan wajib.

Berdasarkan dua pandangan itu, dapat disimpulkan bahawa pandangan Mazhab Maliki dan Mazhab Syafie adalah praktikal diamalkan di negara kita tanpa merendahkan pandangan ulama yang satu lagi.

***Ustaz Mustafar Mohd Suki merupakan pendakwah dan penulis.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!