Kanak-kanak derita saraf terima katil khas

Abdullah (kiri) menyerahkan katil khas kepada keluarga ini di kediaman mereka di Kampung Lebur Jaya, Kuala Betis.
Abdullah (kiri) menyerahkan katil khas kepada keluarga ini di kediaman mereka di Kampung Lebur Jaya, Kuala Betis.
A
A
A

GUA MUSANG - Kanak-kanak derita saraf dari Kampung Lebur Jaya, Kuala Betis, di sini menerima sumbangan katil khas daripada Kerajaan Kelantan.

Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga Dan Wanita, Mumtaz Md Nawi berkata, sumbangan itu diserahkan bagi memenuhi keperluan Muhammad Syahir Rifqi Mohd Ridhwan, 9, yang terlantar sejak lahir.

"Kita mendapat perkhabaran ini menerusi laporan akhbar Sinar Harian dan diharapkan sumbangan itu mampu meringankan beban mereka," katanya.

Penyerahan katil khas itu dilakukan Penyelia Parlimen Gua Musang, Abdullah Hussein di kediaman keluarga tersebut.

Pada Isnin lalu, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak derita penyakit saraf sejak lahir memerlukan katil khas bagi memudahkan pengurusan sehariannya yang terlantar.

Ibunya, Nor Shahada Mohammad, 30, memberitahu, peningkatan berat melebihi 60 kilogram memerlukan bantuan suami, Mohd Ridhwan Mat Deris, 35, untuk mengangkat Syahir atau nama manjanya Adam.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhammad Syahir Rifqi derita sakit saraf sejak lahir

Bagaimanapun, dengan pendapatan mengambil upah menoreh getah dan memanjat pokok petai menyebabkan mereka tidak mampu untuk membeli katil khas berharga ribuan ringgit.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Nor Shahada turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim serta seluruh rakyat Malaysia yang telah membantu mereka sekeluarga.