'ABM henti caj transaksi disebabkan tekanan'

Mohideen Abdul Kader
Mohideen Abdul Kader
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyambut baik langkah 26 bank di bawah Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) menghentikan caj transaksi 50 sen bagi mesin pengeluaran tunai (CRM) dan mesin deposit cek (CQM) serta RM2 bagi bayaran transaksi di kaunter.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, kemungkinan tindakan itu dibuat selepas pihak berkenaan mendapat kritikan serta tekanan daripada pelbagai pihak.

"Sebelum ini CAP antara pihak yang lantang bersuara, lebih-lebih lagi ia dilihat cubaan bank untuk mengambil keuntungan lebih daripada apa yang sudah dilakukan daripada pelaksanaan dasar yang tidak adil.

"Jadi kita menyambut baik pengumuman ini," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurut beliau, ABM perlu mengkaji dengan teliti sebelum mengenakan sebarang caj kepada pelanggan.

"Dengan keadaan ekonomi sekarang, caj itu memang membebankan pengguna kerana kebanyakan yang berurusan di kaunter adalah mereka berpendapatan rendah.

"Tidak semua pelanggan terutama di luar bandar arif menggunakan sistem e-bayaran dan memang bergantung kepada perkhidmatan di kaunter.

"Justeru kita sarankan agar semua bank mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan mereka demi kepuasan pelanggan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN 26 bank setuju henti caj transaksi mesin, kaunter

Artikel Berkaitan: