MPSJ beri amaran kepada peniaga halang laluan pejalan kaki

Noraini (tengah) ketika sidang akhbar di selepas sesi perjumpaan awam bagi menaik taraf kawasan komersial SS15 di sini hari ini.
Noraini (tengah) ketika sidang akhbar di selepas sesi perjumpaan awam bagi menaik taraf kawasan komersial SS15 di sini hari ini.
A
A
A

SUBANG JAYA - Peniaga diingatkan supaya tidak meletakkan barangan sehingga menghalang laluan pejalan kaki.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Noraini Roslan berkata, tindakan tegas termasuk kompaun akan dikenakan kepada peniaga yang bertindak mengingkari peraturan tersebut.

"Mana-mana peniaga yang degil akan dikenakan kompaun RM250 di bawah Seksyen 46 (1) (d) Akta 133, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kerana halangan awam berhubung dengan tred.

"Sekiranya peniaga ingin menggunakan laluan terbabit mereka perlu meminta lesen daripada MPSJ dan ruang dibenarkan hanya dua kaki daripada kelebaran tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang akhbar selepas sesi perjumpaan awam bagi menaiktaraf kawasan komersial SS15 di Dewan Serbaguna MPSJ SS15 hari ini.

Terdahulu seramai 200 penduduk dan komuniti niaga sekitar SS15 terlibat pada Sesi Perjumpaan Awam bagi Menaik Taraf Kawasan Komersial SS15.

Artikel Berkaitan: