Buka pintu kecemasan kerana mahu udara segar

Gambar yang dikongsi di laman Weibo menunjukkan wanita itu dengan selamba membuka pintu kecemasan pesawat ketika mahu berlepas. -FOTO: AGENSI
Gambar yang dikongsi di laman Weibo menunjukkan wanita itu dengan selamba membuka pintu kecemasan pesawat ketika mahu berlepas. -FOTO: AGENSI
A
A
A

BEIJING - Sebuah penerbangan di tengah China terpaksa ditangguhkan selama sejam selepas seorang wanita membuka pintu kecemasan pesawat kerana mahu 'udara segar'.

Kejadian itu berlaku sebelum pesawat Xiamen Air MF8215 mahu berlepas dari Wuhan ke Lanzhou pada Isnin lalu.

Kru kabin dilaporkan telah memberi taklimat tentang peraturan duduk di pintu kecemasan kepada wanita berusia dalam lingkungan 50-an itu malah dia turut mengingatkan penumpang tersebut supaya tidak menyentuh butang berkenaan.

Wanita itu bagaimanapun berdegil dan menyentuh butang yang membuka pintu kecemasan itu dengan alasan mahu udara segar apabila pembantu penerbangan itu berpaling untuk membantu penumpang lain.

Akibat perbuatan itu, wanita itu kemudiannya ditahan pihak berkuasa.

Tindakan membuka pintu kecemasan pesawat dianggap mengganggu ketenteraman awam dan kesalahan itu boleh dikenakan denda.

Pada Julai tahun lalu, seorang wanita yang menaiki pesawat buat pertama kali tersilap membuka pintu kecemasan yang disangka pintu tandas sebelum penerbangan itu berlepas dari Nanjing.

Susulan insiden itu, penerbangan itu terpaksa ditangguhkan selama dua jam dan wanita itu ditahan selama 10 hari. - Agensi

Artikel Berkaitan: