Slofie berbahaya jika disalah guna

A
A
A

MINGGU lalu kebanyakan media di Britain menggembar-gemburkan ciptaan terbaru yang digelar slofie.

Secara ringkasnya slofie ialah sebuah ciptaan yang dibangunkan tanpa kos pembangunan reka bentuk mahal tetapi dianggap kejayaan terbaru oleh sebuah syarikat telekomunikasi Amerika Syarikat (AS).

Begitupun, ramai yang kurang senang dengan penampilan ciptaan slofie. Ketika ini, hanya selfie yang mendominasi kehidupan manusia tidak kira apa latar belakang mereka.

Menurut Oxford Dictionary, selfie bermaksud swafoto. Dalam erti kata yang ringkas, ia bermakna gambar diambil sendiri menggunakan telefon bimbit.

Selfie menjadi satu kegilaan yang sangat mendominasi kehidupan remaja di seluruh dunia termasuk Malaysia. Namun, tidak kurang juga ia menyebabkan ramai golongan tua terikut-ikut dengan gaya remaja sekali gus menjadikan selfie satu gaya hidup. Ketika ini, tiada istilah slofie dalam Cambridge Dictionary dan Oxford Dictionary. Namun masyarakat Jepun percaya slofie berasal daripada perkataan 'surofi.'

Urban Dictionary menyatakan slofie ciptaan sebuah syarikat komputer AS yang kemudiannya menyifatkan mereka kini berada satu langkah di hadapan musuh telekomunikasi dunia lain.

Slofie memiliki ciri perisian aplikasi membolehkan pengguna berswafoto atau berselfie sambil mengambil video gerakan perlahan. Ia kemudian diringkaskan menjadi slofie atau slofies.

Teknologi slofie mengandungi ciri-ciri terbaru teknologi kamera termaju kamera jenis TrueDepth 12-megapiksel baharu menggunakan tiga jenis deria iaitu deria sudut-lebar, deria sudut-lebar-ultra dan deria telefoto yang mampu menangkap gambar secara selfie gerakan perlahan 120 frame per second (fps).

Artikel Berkaitan:

Kelebihan kamera itu secara automatik akan zoom keluar memuatkan lebih banyak objek di persekitaran bermakna tiada lagi berdiri di atas tiptoes atau mengembangkan kamera atau memanjangkan tangan untuk mengambil gambar secara selfie.

Penulis percaya teknologi slofie mungkin bermanfaat kepada industri dan pengguna terutamanya untuk mereka yang mahu menilai atau mengkaji sesuatu secara perlahan dan terperinci. Penulis percaya slofie juga boleh menilai produk akhir atau kawalan kualiti (QC) produk.

Bagaimanapun, penulis meramal teknologi slofie boleh mendatangkan banyak kesan buruk kepada perhubungan sesama manusia sekiranya digunakan secara negatif. Wajah jelita boleh ditampilkan dalam keadaan muka yang herot dan disebarkan di media sosial menggunakan slofie.Jika itu berlaku, maka timbulkan ketidakselesaan terhadap mereka yang dianiaya secara sengaja menerusi slofie video dan kemudian disebarkan dengan meluas oleh penggodam komputer atau penyangak buli siber.

Perkara itu sudah dijelaskan ALLAH dalam surah An-Nuur [24:30-31] bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya ALLAH Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.”Slofie sebenarnya menjadi satu kerisauan dalam kalangan ramai artis di Britain. Mereka percaya slofie akan menimbulkan huru-hara kepada kehidupan artis. Penulis percaya andai perisian slofie dimuat turun menerusi telefon bimbit, ia akan menggalakkan ramai penggemar media sosial menyebarkan slow motion video secara semberono.

Oleh itu, penulis mencadangkan semua pengguna media sosial khususnya media social influencer agar tidak terperdaya atau menyalahgunakan teknologi baharu slofie itu. Sebaliknya gunakan slofie untuk perkara yang mendatangkan manfaat.

Slofie boleh mendatangkan banyak kesan buruk kepada perhubungan sesama manusia sekiranya digunakan secara negatif."