Kren disambar petir: Kerja alih tangki cecair kimia terbalik ditangguh

Kerja mengalihkan kenderaan berat itu ditangguhkan berikutan masalah teknikal dihadapi kren akibat disambar petir petang tadi.
Kerja mengalihkan kenderaan berat itu ditangguhkan berikutan masalah teknikal dihadapi kren akibat disambar petir petang tadi.
A
A
A

BAGAN SERAI - Operasi mengalihkan tangki treler muatan cecair mudah bakar yang terbalik dalam sebuah tali air di Parit Mentara 3 di sini tidak dapat diteruskan selepas kren digunakan mengalami kerosakan akibat disambar petir.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamad Yunus Abu berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 3.30 petang tadi ketika hujan lebat melanda kawasan berkenaan.

"Kren yang digunakan mengalami masalah teknikal akibat sambaran kilat petang tadi. Sehingga kini tangki tersebut masih belum berjaya dinaikkan.

"Bagaimanapun kerja-kerja pembaikan kren telah dilakukan dan operasi pengalihan yang tertangguh akan dimulakan kembali sebaik ia selesai," katanya.

Mohamad Yunus Abu
Mohamad Yunus Abu

Beliau berkata, semua penduduk yang diarahkan mengosongkan rumah belum dibenarkan pulang kerana dibimbangi akan terjejas dengan pergerakan kren dan petugas.

"Kita menaruh harapan tinggi agar kren ini dapat dibaiki segera. Operasi kini lebih kepada pemantauan selepas kawasan itu dipastikan selamat daripada kebakaran," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian sekitar jam 5 pagi semalam sebuah treler membawa muatan 25,500 liter cecair kimia jenis Acetone Thinner terbabas sendiri dan masuk ke dalam parit di sebelah kanan jalan.

Siasatan mendapati berlaku kebocoran daripada tangki menyebabkan cecair dibawa mengalir keluar dan masuk ke tali air.

Tindakan awal telah diambil JBPM dengan melakukan proses penyejukan di kawasan sekeliling untuk mengurangkan risiko berlakunya kebakaran.

Proses mengalirkan air ke dalam tangki lori turut dilakukan bagi memastikan cecair kimia terbabit berada dalam keadaan terlarut bagi mengurangkan tahap nyalaan atau sambar terhadap bahan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: