Tiada rancangan gabung Felda, Felcra

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kanan) bersama Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook ketika hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kanan) bersama Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook ketika hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
A
A
A
KUALA LUMPUR - Tiada sebarang rancangan menggabungkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra), kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata usaha untuk memulihkan Felda khususnya dalam pengurusan kewangan dan perladangan bakal dibuat berdasarkan laporan Kertas Putih yang akan dibentangkan di Parlimen.

"Kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memulihkan Felda. Tidak ada cadangan untuk ‘merge’ dengan Felcra," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Sebuah akhbar kewangan mingguan baru-baru ini melaporkan satu Kertas Putih mengenai Felda akan dibentangkan di Parlimen yang dijangka mengandungi cadangan untuk memulihkan pengurusan kewangan dan tadbir urus dalam Felda.

Satu daripada cadangan itu adalah kemungkinan penggabungan dengan Felcra.
Artikel Berkaitan:


Semalam, semasa Kongres PKR Ke-13 berlangsung, Mohamed Azmin berkata kerajaan akan membentangkan Kertas Putih di Parlimen bulan depan mengenai penyalahgunaan dan pengurusan tidak bertanggungjawab Felda yang membawa kepada hutang berjumlah lebih RM8 bilion. - Bernama