Amy Search mohon maaf tidak hadir pengebumian Yazit

Amy menyampaikan salam takziah dan memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri pengebumian Allahyarham Yazit.
Amy menyampaikan salam takziah dan memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri pengebumian Allahyarham Yazit.
A
A
A

VOKALIS Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy Search memohon maaf apabila tidak dapat menziarahi dan menghadiri pengebumian bekas pemain dram kumpulan itu, Allahyarham Yazit Ahmad.

Amy dalam kenyataan dimuat naik di Instagram aku.amysearch berkata, dia kini berada di Jakarta apabila terikat dengan komitmen kerja untuk program realiti Golden Memories Asia.

Justeru dia memohon maaf kerana perlu melunaskan tanggungjawab tersebut memandangkan program berkenaan akan bersiaran langsung pada malam ini.

"Saya dengan rendah diri menyampaikan salam takziah di atas kepulangan Yazit ke Rahmatullah hari ini. Semoga segala amalannya sepanjang di dunia diterima dan rohnya dicucuri rahmat.

"Saya meminta maaf kerana masih perlu melunaskan tanggungjawab sebagai komentator (pengulas) bagi program Golden Memories Asia di Jakarta.

“Salam takziah buat seluruh keluarga Yazit dan semoga mereka tabah menghadapi pemergiannya,” katanya.

Yazit yang sebelum ini dilaporkan kritikal di Hospital Kuala Lumpur (HKL) menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.53 pagi tadi.

Adik angkatnya, Ashaari Mohd Nasir berkata, pemergian Yazit ditemani ahli keluarga dan sahabat handai selepas mesin bantuan pernafasan dicabut pada jam 11.46 pagi.

Artikel Berkaitan:

Yazit dimasukkan ke HKL kira-kira jam 3.45 pagi Selasa akibat sesak nafas di rumahnya di Taman Melati, Kuala Lumpur.

[LIVE] Jenazah bekas pemain drum Kumpulan Search, Allahyarham Yazit dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudathul Sakinah, Taman Selasih, lapor Wartawan Nasional, Khairil Anwar Mohd Amin dan Mohd Ridzuan Abu Hassan.

Posted by Sinar Harian on Thursday, September 26, 2019