X

Kindly register in order to view this article
!

Penganggur dicekup curi beg berisi duit syiling

Rakaman CCTV menunjukkan suspek dikejar oleh pengawal keselamatan sebuah pasar raya.
A
A

GOMBAK – Seorang penganggur gagal membawa lari beg pinggang dipercayai dicuri daripada seorang peniaga sayur di sebuah pasar raya di sini, apabila ditangkap dalam kejadian Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, dalam kejadian 11.36 pagi itu suspek berjaya ditahan pengawal keselamatan yang mengejarnya.

“Sebelum itu mangsa yang berusia 53 tahun meletakkan van jenis Toyota di tempat letak kenderaan di pasar raya itu dalam keadaan tidak berkunci dan tingkap terbuka.

“Selepas selesai urusan jual beli, pengadu dapati beg yang ditinggalkan dalam van telah hilang dan mengesyaki ia dicuri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, mangsa memaklumkan di dalam beg itu hanya terdapat resit pembelian dan duit syiling lebih kurang RM20.

“Suspek yang berasal dari Sabah itu ditahan reman selama empat hari,” katanya.

Terdahulu, video kejadian yang berdurasi satu minit 58 saat daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pasar raya itu tular di laman sosial.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!