Berkongsi infrastruktur rangkaian untuk jimat kos

Gobind Singh Deo
Gobind Singh Deo
A
A
A

PUTRAJAYA - Perkongsian infrastruktur melalui platform atau perkhidmatan sedia ada memberi manfaat kepada pemain industri dari segi penjimatan kos terutama di kawasan pedalaman dan penggunaan sumber dengan lebih cekap, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Merujuk kepada kerjasama antara syarikat penyedia perkhidmatan rangkaian dan kemudahan Fiberail Sdn Bhd and edotco Group Sdn Bhd dalam menyediakan perkhidmatan infrastruktur yang neutral-telko, beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, kementeriannya menyambut baik inisiatif itu.

Inisiatif itu selaras dengan objektif Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) serta akan membantu pelan tindakan di bawah NFCP untuk memastikan akses kepada perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi dapat dimanfaat oleh rakyat.

Gobind turut berharap kerjasama itu boleh menyumbang kepada inisiatif menyediakan perkhidmatan rangkaian yang memberi 100 peratus liputan kepada penduduk di kawasan yang sejajar dengan koridor landasan kereta api serta saluran lain yang mana Fiberail mempunyai aset fiber.

"Lebih ramai pemain industri digalakkan untuk mengemukakan cadangan dan bekerjasama serta berkongsi infrastruktur mereka dalam penyediaan perkhidmatan rangkaian lebih cekap dan kos efektif untuk membantu usaha kerajaan untuk menjayakan NFCP,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: