Gempa bumi di Ambon, Indonesia ragut satu nyawa

Salah sebuah bangunan Universiti Pattimura rosak akibat gegaran gempa bumi 6.5 magnitud yang menggegarkan Kota Ambon, Maluku hari ini.
Salah sebuah bangunan Universiti Pattimura rosak akibat gegaran gempa bumi 6.5 magnitud yang menggegarkan Kota Ambon, Maluku hari ini.
A
A
A

KOTA AMBON - Sekurang-kurangnya seorang penduduk meninggal dunia selepas gempa bumi kuat berukuran 6.5 magnitud menggegarkan kepulauan terpencil Maluku di timur Indonesia hari ini.

Jurucakap agensi mencari dan menyelamat tempatan berkata, mangsa meninggal dunia selepas terjatuh dari motosikal ditunggangnya ketika cuba menyelamatkan diri ke kawasan tanah tinggi.

Seorang lagi penduduk dilaporkan hilang dalam kejadian tanah runtuh.

Gempa bumi itu berlaku jam 8.45 pagi (waktu tempatan), kira-kira 37 kilometer di timur laut Ambon pada kedalaman 29 kilometer.

Gegaran kuat berkenaan memusnahkan banyak rumah dan mencetuskan kejadian tanah runtuh tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Indonesia kerap dilanda gempa bumi dan aktiviti gunung berapi kerana kedudukannya dalam Lingkaran Api Pasifik. - AFP

Artikel Berkaitan: