Padah guna perisian cetak rompak

KPDNHEP Selangor melakukan serbuan di sebuah premis hiasan dalaman di Taman Perindustrian, Air Hitam di sini kelmarin.
KPDNHEP Selangor melakukan serbuan di sebuah premis hiasan dalaman di Taman Perindustrian, Air Hitam di sini kelmarin.
A
A
A

KLANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor menyita set komputer bernilai RM6,000 kerana mengandungi salinan langgaran perisian AutoCad.

Sitaan itu dibuat dalam operasi di sebuah premis hiasan dalaman di Taman Perindustrian, Air Hitam di sini kelmarin.

Muhammad Zikril Azan
Muhammad Zikril Azan

Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhammad Zikril Azan Abdullah berkata, operasi bermula jam 12 tengah hari itu bertindak memeriksa 11 komputer di premis terbabit.

"Hasil pemeriksaan mendapati hanya dua buah komputer yang dikesan mempunyai salinan langgaran perisian AutoCad.

"KPDNHEP kemudian bertindak merampas dua komputer berjenama Segotep dan Cooler Master itu yang bernilai RM6,000 untuk tindakan lanjut," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Artikel Berkaitan:

KPDNHEP Selangor melakukan serbuan di sebuah premis hiasan dalaman di Taman Perindustrian, Air Hitam di sini kelmarin.
KPDNHEP Selangor melakukan serbuan di sebuah premis hiasan dalaman di Taman Perindustrian, Air Hitam di sini kelmarin.

Beliau berkata, pihaknya turut merekod keterangan dua pekerja premis warga tempatan berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(d) Akta Hak Cipta 1987 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak kurang RM2,000 dan tidak lebih daripada RM20,000 bagi setiap salinan langgaran atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

"Kita akan terus menjalankan operasi bagi mengesan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan sedemikian.

"Tindakan tegas akan dikenakan dan kita tidak akan berkompromi dengan perkara ini," katanya.