X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 24 Mei 2022

Suri rumah melecur disambar api

Gas memasak bocor di dapur wanita berusia 55 tahun di Taman Daya. FOTO: JBPM Johor
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang suri rumah melecur pada bahagian muka dan tangan selepas disambar api ketika menghidupkan gas memasak di dapur dekat Taman Daya, petang semalam.

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II Ronnie Robert berkata, kejadian kira-kira 5.30 petang itu berpunca daripada kebocoran gas petroleum cecair (LPG).

"Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian didapati benar berlaku kebocoran gas pada tong LPG dan telah menyebabkan seorang mangsa melecur akibat daripada percikan api semasa membuka pemetik dapur gas.

"Mangsa kemudiannya diberikan rawatan awal dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk tindakan seterusnya," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Anggota bomba memberikan bantuan awal kepada mangsa sebelum dihantar ke HSI untuk rawatan lanjut. FOTO: JBPM Johor
Anggota bomba memberikan bantuan awal kepada mangsa sebelum dihantar ke HSI untuk rawatan lanjut. FOTO: JBPM Johor

Wanita berusia 55 tahun itu melecur 30 peratus daripada keseluruhan badannya.

Operasi kali ini melibatkan 11 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau dan dua jentera.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!