Penghormatan terakhir buat Yazit

Ahli keluarga dan rakan-rakan hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Yazid di Masjid Salehuddin Al Ayubi Taman Melati di sini hari ini.
Ahli keluarga dan rakan-rakan hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Yazid di Masjid Salehuddin Al Ayubi Taman Melati di sini hari ini.
A
A
A

JENAZAH bekas pemain drum kumpulan Search, Allahyarham Yazit Ahmad selamat tiba di Masjid Salehuddin Al Ayubi Taman Melati di sini pada jam 1.14 tengah hari tadi.

Menurut sumber kenalan rapat Allahyarham, jenazah tiba dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dimandikan dan seterusnya solat jenazah.

No Image Caption

Jenazah Allahyarham Yazit kemudiannya akan dibawa ke Tanah Perkuburan Tanah Perkuburan Islam Raudathul Sakinah Taman Selasih untuk dikebumikan selepas solat Asar.

Kelihatan ramai kenalan artis, ahli keluarga dan sahabat handai Allahyarham Yazit memenuhi pekarangan masjid untuk sama-sama menunaikan solat jenazah selepas solat Zohor.

Yazit, 57, yang sebelum ini dilaporkan kritikal sejak kelmarin disahkan meninggal dunia pada jam 11.53 pagi tadi.

No Image Caption

Adik angkat Allahyarham, Ashaari Mohd Nasir berkata, Yazit menghembuskan nafas terakhir di sini ahli keluarga dan sahabat handai selepas mesin bantuan pernafasan ditanggalkan pada jam 11.46 pagi tadi oleh doktor pakar merawatnya.

Artikel Berkaitan:

Allahyarham Yazit dimasukkan ke HKL kira-kira jam 3.45 pagi kelmarin selepas mengadu sesak nafas di rumahnya di Taman Melati Kuala Lumpur.

No Image Caption

Sebelum ini Allahyarham pernah dimasukkan ke hospital sama pada awal bulan lalu akibat masalah pernafasan.

Allahyarham Yazit meninggalkan isteri, Ramlah Ahmad, 59, dan tiga anak iaitu Razilah, 38, Shahmirnuri, 34, dan Shafiqa Nurlis, 29.

ARTIKEL BERKAITAN: Yazid Search sudah tiada