Warga Bangladesh ditahan bantu siasatan kes bunuh

Mayat mangsa ditemukan berlumuran darah dengan tiga kesan tikaman di hadapan sebuah kedai di Jalan Lapangan Siber 1 Bandar Siber Botani Isnin lalu.
Mayat mangsa ditemukan berlumuran darah dengan tiga kesan tikaman di hadapan sebuah kedai di Jalan Lapangan Siber 1 Bandar Siber Botani Isnin lalu.
A
A
A

IPOH - Polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh disyaki terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki yang ditemui dengan tiga kesan tikaman di hadapan sebuah kedai di Jalan Lapangan Siber 1 Bandar Siber Botani Isnin lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, suspek berusia 23 tahun itu ditahan sekitar jam 1 petang di Platform 1 Terminal Bersepadu Selatan Bandar Tasik Selatan Kuala Lumpur semalam.

Mohamad Nordin
Mohamad Nordin

“Sepasukan polis telah menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian bunuh tersebut.

“Hasil soal siasat polis merampas dua bilah pisau yang disyaki digunakan oleh suspek dalam kejadian itu,” katanya.

Menurutnya, suspek yang bekerja sebagai buruh telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

“Kejadian berkenaan dipercayai kerana salah faham sebelum berlakunya pergaduhan.

Artikel Berkaitan:

“Pihak Polis percaya dengan tangkapan tersebut, telah berjaya menyelesaikan kejadian bunuh tersebut,” katanya.

Isnin lalu mayat lelaki ditemui oleh orang awam dalam keadaan berlumuran darah dengan tiga kesan tikaman iaitu dua tikaman di bahagian depan dan satu tikaman di bahagian belakang.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ditemui mati dengan tiga kesan tikaman