X

Kindly register in order to view this article
!

Vivo NEX dilengkapi mod multi turbo dan turbo yang cukup sofistikated

PEMENANG diraikan di Spring Split sempena PUBG Mobile Club Open (PMCO) Global Finals 2019 di Berlin, Jerman baru-baru ini.
A
A

JIKA anda peminat tegar PUBG Mobile, mungkin sudah tiba masanya untuk beralih arah kepada siri terbaharu, Nex yang kini dilengkapi dengan mod multi turbo dan turbo yang cukup sofistikated.

Lebih menarik, Nex memperkasakan 16 pasukan yang bertanding bagi merebut hadiah berjumlah USD2.5 juta (RM10.4 juta) di Spring Split sempena PUBG Mobile Club Open (PMCO) Global Finals 2019 di Berlin, Jerman baru-baru ini.

Siri utama NEX iaitu premium line Vivo merupakan perwakilan utama inovasi dalam reka bentuk, prestasi dan teknologi canggih sekali gus memberi pemain pengalaman yang cukup luar biasa dengan Ultra FullView Display.

Vivo NEX juga bekerjasama dengan PUBG Mobile untuk mengoptimumkan permainan pada telefon pintar NEX melalui Mod Turbo jenama baharu.

Mod Turbo ialah ciri pengoptimuman paparan pada peranti NEX vivo.

Pemain boleh mengaktifkan mod turbo daripada tetapan dalam permainan ketika memainkan PUBG Mobile pada peranti Vivo NEX selain memastikan perisian permainan terbaik digunakan dalam siri pertandingan akan datang.

VIVO NEX juga bekerjasama dengan PUBG Mobile untuk mengoptimumkan permainan pada telefon pintar NEX melalui Mod Turbo jenama baru.
VIVO NEX juga bekerjasama dengan PUBG Mobile untuk mengoptimumkan permainan pada telefon pintar NEX melalui Mod Turbo jenama baru.

SPESIFIKASI NEX 2

Dikuasakan dengan Qualcomm SDM845 Snapdragon 845 (10 nm) CPU processor 128 GB, 10 GB RAM.

Peranti canggih itu mempunyai kapasiti sesentuh 6.39-inch Super AMOLED dengan paparan (1080 x 2340 pixels, 403 ppi).

Terdapat tiga rekaan kamera iaitu 12 MP, f/1.8, 1/2.55”, 1.4µm, dual pixel PDAF, 4-axis OIS + 2MP rear camera dengan sokongan wifi, GPS, 3G and 4G LTE.

Turut didatangkan dengan bateri Li-Ion 3500 mAh.

Harga jualan bermula RM2,699.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf