Suami lumpuh, isteri dan anak ikat perut

Syamsuria dan empat anaknya terpaksa mengikat perut selepas suaminya yang merupakan tonggak keluarga lumpuh.
Syamsuria dan empat anaknya terpaksa mengikat perut selepas suaminya yang merupakan tonggak keluarga lumpuh.
A
A
A

PASIR PUTEH - [VIDEO] Putaran hidup seorang isteri dan empat anaknya di Kampung Bukit Tanah, Kulim di sini berubah sekelip mata sejak dua bulan lalu apabila suami yang menjadi tonggak keluarga lumpuh.

Semuanya berlaku apabila Shah Ahmad Nizam Salleh, 36, terjatuh ketika sedang melakukan kerja-kerja menebang sebatang pokok kelapa di Bachok, Julai lalu.

Sejak itu, Syamsuria Pazlinawati Roslan, 32, dan empat anaknya masing-masing berusia antara setahun hingga 11 tahun terpaksa ‘mengikat’ perut selepas suaminya tidak lagi mampu menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Di sebalik keperitan itu, Syamsuria tetap tenang mengharungi ujian hidup daripada Maha Pencipta.

Syamsuria dan anak-anak kini menumpang di rumah keluarga mertua.
Syamsuria dan anak-anak kini menumpang di rumah keluarga mertua.

Syamsuria berkata, keperitan hidup yang dihadapi olehnya itu sedikit ‘ringan’ apabila mendapat sokongan padu daripada ahli keluarga.

“Sokongan keluarga membuatkan saya menjadi lebih kuat untuk mengharungi cabaran walaupun ia bukan tugas mudah kerana tiga anak masih bersekolah.

“Bukan tidak mahu keluar mencari rezeki, namun keadaan tidak mengizinkan apabila suami dan anak bongsu berumur setahun memerlukan penjagaan rapi.

Artikel Berkaitan:

"Namun begitu, saya tetap menggunakan kudrat yang ada mencari kelapa muda untuk dijual kepada peniaga,” katanya.

Katanya, sebelum ini dia membantu dengan mengutip kelapa yang dipanjat suami dan mahir mengait kelapa.

Menurutnya, Shah Ahmad kini bergantung sepenuhnya kepada susu berharga RM90 untuk mendapatkan tenaga serta lampin pakai buang.

Selain itu katanya, suaminya juga perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Dia berkata, mereka kini menumpang kasih di rumah keluarga mertua.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (03090020843593) milik ibu kepada empat cahaya mata itu.

Berkorban demi suami lumpuh jatuh pokok kelapa

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul apabila ibu dan anak ini terpaksa menjaga ketua keluarga mereka yang lumpuh selepas jatuh dari pokok kelapa, lapor Wartawan Pasir Puteh, Hazelen Liana Kamarudin

Posted by Sinar Harian on Wednesday, September 25, 2019