Doktor tersilap gugur kandungan pesakit

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SEOUL - Seorang wanita di Korea Selatan kehilangan anak dalam kandungan selepas doktor tersilap melakukan pengguguran yang sepatutnya dilakukan pada pesakit lain.

Mangsa dikenal pasti sebagai warga Vietnam pergi ke hospital tersebut pada 7 Ogos lalu untuk melakukan pemeriksaan ketika kandungannya berusia enam minggu.

Menurut laporan agensi berita Yonhap, jururawat didakwa menyuntik mangsa dengan ubat pelali atau anestesia tanpa memeriksa identiti pesakit sebelum doktor meneruskan prosedur pengguguran.

Keesokan harinya, wanita terbabit kembali semula ke hospital selepas mengalami pendarahan teruk dan diberitahu bahawa dia keguguran.

Susulan kes itu, seorang jururawat dan pakar sakit puan didakwa kerana cuai.

Jelas polis, kedua-dua tertuduh tidak boleh didakwa atas kesalahan pengguguran tanpa persetujuan kerana mangsa tidak dapat menyatakan persetujuan atau sebaliknya memandangkan dia tidak menyedari akan melalui prosedur tersebut.

Difahamkan, pengguguran diharamkan di Seoul kecuali dalam kes rogol, sumbang mahram atau jika ia membahayakan nyawa si ibu.

Bagaimanapun, larangan itu dijangka dibatalkan pada 1 Januari 2021 selepas Mahkamah Perlembagaan pada April lalu memutuskan bahawa undang-undang tidak konstitusional menghalang hak wanita.

Artikel Berkaitan:

Berdasarkan statistik Institut Kesihatan dan Hal Ehwal Sosial Korea, sebanyak 49,700 pengguguran dianggarkan berlaku pada 2017 di mana hampir 94 peratus daripadanya dilakukan secara haram. - Agensi