Anggota polis maut kereta bertembung lori

Kereta dipandu mangsa yang bertembung dengan lori terjunam dalam tali air setelah bertembung di Jalan Gunung Keriang petang tadi.
Kereta dipandu mangsa yang bertembung dengan lori terjunam dalam tali air setelah bertembung di Jalan Gunung Keriang petang tadi.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis maut apabila kereta dipandunya bertembung dengan lori di simpang Kampung Telok Binasa, Jalan Gunung Keriang di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, mangsa, Konstabel Khairul Izat Romli, 34, meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak dan isteri mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan.

Menurutnya, dalam kejadian 4.50 petang itu, lori dari arah Jalan Gunung Keriang menghala ke arah Sungai Korok, Jitra, cuba mengelak kenderaan di hadapan yang membrek mengejut.

"Pemandu lori itu cuba mengelak ke kanan lalu berlaku pelanggaran dengan kereta Proton Wira dipandu mangsa yang datang dari arah bertentangan dan kedua-dua kenderaan itu menjunam ke dalam tali air berdekatan lokasi kejadian," katanya.

Mohd Rozi berkata, kedua-dua kenderaan itu rosak teruk di bahagian hadapan akibat pertembungan itu.

Artikel Berkaitan: