Ratusan hadiri 'pengebumian' glasier Pizol

Glasier Pizol kini hanya tinggal seluas 26,000 meter persegi berbanding ukuran asal 320,000 meter persegi yang direkodkan saintis pada 1987.
Glasier Pizol kini hanya tinggal seluas 26,000 meter persegi berbanding ukuran asal 320,000 meter persegi yang direkodkan saintis pada 1987.
A
A
A

BERN - Ratusan aktivis iklim mengenakan pakaian hitam sanggup mendaki setinggi 2,600 meter di atas paras laut untuk memberi 'penghormatan terakhir' kepada glasier Pizol di Glarus Alps di timur Switzerland.

Pizol diisytiharkan 'mati' dalam satu upacara pada akhir minggu lalu, ia dipantau sejak 1893 dan akan menjadi yang pertama dikeluarkan daripada rangkaian pengawasan glasier Switzerland.

Lebih 80 peratus ais di kawasan itu 'hilang' sejak 2006 dan kini hanya tinggal seluas 26,000 meter persegi berbanding ukuran asal 320,000 meter persegi yang direkodkan saintis pada 1987.

Ia dijangka lenyap sepenuhnya menjelang akhir dekad akan datang dan ia tidak lagi dianggap sebagai sebuah glasier berdasarkan perspektif saintifik.

Antara aktivis yang hadir 'upacara pengebumian' glasier tersebut.
Antara aktivis yang hadir 'upacara pengebumian' glasier tersebut.

"Saya sudah mendaki banyak kali di kawasan ini. Ia seperti 'kawan' yang hampir mati. Kami tidak lagi boleh selamatkan glasier Pizol.

"Ayuh kita lakukan apa yang termampu. Jadi, kita boleh tunjukkan kepada anak cucu kita sebuah glasier di Switzerland dalam tempoh ratusan tahun akan datang," kata pakar glasier di ETH Zurich University, Matthias Huss.

Majlis 'pengebumian' itu menandakan upacara sama yang menandakan fenomena pencairan glasier di Iceland pada bulan lalu.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, isu tentang perubahan iklim semakin mendapat perhatian di Switzerland dan puluhan individu pernah ditahan pada awal tahun lalu selepas mereka menyekat pintu masuk ke bank yang didakwa memainkan peranan membiayai projek tenaga bergantung kepada bahan api fosil. - Agensi