X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 04 Disember 2021

Belanjawan 2020: Terengganu harap royalti minyak terus dibayar

Dr Ahmad Samsuri
A
A

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Pusat diharap terus membayar wang royalti minyak atau Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) kepada Terengganu sebagaimana dalam peraturan perjanjian.

Harapan itu dinyatakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar terhadap Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Oktober nanti.

Menurut Dr Ahmad Samsuri, beliau juga berharap kerajaan Pusat dapat menyalurkan peruntukan sewajarnya kepada kerajaan negeri mengikut perlembagaan dan peraturan kewangan sedia ada.

"Kita harap tiada kelewatan dan sebagainya sebab ia akan mengganggu perbelanjaan kerajaan negeri," katanya selepas melancarkan Dasar Perumahan Baharu Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman hari ini.

Beliau berkata, Terengganu juga mahu kerajaan Pusat menyelesaikan tunggakan hutang dengan kerajaan negeri khususnya melibatkan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang belum selesai.

"Ini kita masih buat rundingan dengan mereka," katanya tanpa menyatakan jumlah hutang berkenaan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!