Agong berkenan terima zakat perniagaan lebih RM20 juta

Al-Sultan Abdullah berkenan menerima replika cek pembayaran zakat perniagaan daripada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Amir Hamzah Azizan (kanan) pada Majlis Pembayaran Zakat Perniagaan Syarikat-Syarikat Korporat kepada Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Istana Negara hari ini.Turut kelihatan Pengerusi MAIWP Datuk Seri Syed Hussien Alhabshee (kiri). FOTO: BERNAMA

A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah lebih RM20 juta bagi pihak Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Al-Sultan Abdullah berkenan menerima pembayaran tersebut bagi tahun 2018 dan 2019 berjumlah RM20,080,167.77 daripada 11 syarikat korporat dalam satu majlis di Istana Negara di sini hari ini.

Antara syarikat berkenaan ialah Tenaga Nasional Berhad; Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad; MBSB Bank Berhad; Jakel Trading Sdn Bhd; UEM Group Berhad dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi MAIWP, Datuk Seri Syed Hussein Alhabshee dan Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali.

PPZ-MAIWP, dalam kenyataannya berkata, penganjuran majlis itu bertujuan sebagai galakan kepada syarikat lain untuk membayar zakat perniagaan supaya lebih ramai golongan asnaf di Wilayah Persekutuan dapat dibantu.

PPZ-MAIWP menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM710 juta dengan 190,000 pembayar zakat pada tahun ini.- Bernama

Artikel Berkaitan: