Bidaan plat PPD1 cecah RM120,000

 JPJ Pulau Pinang telah membuka siri nombor pendaftaran PPD bagi tempahan dari 19 September sehingga Isnin lalu sebelum pembida yang berjaya diumumkan semalam.
JPJ Pulau Pinang telah membuka siri nombor pendaftaran PPD bagi tempahan dari 19 September sehingga Isnin lalu sebelum pembida yang berjaya diumumkan semalam.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - RM120,000 adalah harga bagi nombor pendaftaran kenderaan PPD1 selepas bidaan awam ditutup oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di sini.

Menurut kenyataan JPJ negeri itu, siri nombor pendaftaran PPD telah dibuka bagi tempahan dari 19 September sehingga Isnin lalu sebelum pembida yang berjaya diumumkan semalam.

"Turut mendapat bidaan tinggi adalah nombor pendaftaran PPD9 iaitu berharga RM53,888, dengan itu menjadikan jumlah kutipan permohonan yang berjaya bagi siri PPD mencecah RM1,106,545," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, JPJ tidak mendedahkan identiti pemilik nombor-nombor pendaftaran tersebut.

Menurut JPJ, terdapat sebanyak 796 pembida bagi siri itu; 376 daripadanya pembida yang berjaya.

Ini adalah siri kedua menggunakan sistem online iaitu JPJeBid selepas siri PPC yang berjaya mengutip RM969,738. - Bernama

Artikel Berkaitan: