Sindiket curi kereta Geng 3D tumpas

Zainuddin menunjukkan rangka kereta yang dirampas dalam operasi berkenaan.
Zainuddin menunjukkan rangka kereta yang dirampas dalam operasi berkenaan.
A
A
A

PENDANG - Polis berjaya menumpaskan sindiket mencuri kereta yang dikenali sebagai Geng 3D selepas menahan empat ahli kumpulan itu baru-baru ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, tiga daripadanya mempunyai pertalian darah dan seorang lagi merupakan rakan mereka.

Menurutnya, kumpulan itu menggunakan modus operandi dengan mencuri kenderaan yang diletakkan di stesen kereta api di Kobah pada waktu siang.

"Kita turut menahan seorang lelaki yang menjadi pembeli kepada barangan yang dicuri itu.

Zainuddin berkata, suspek yang berusia 20 hingga 50 tahun itu menyasarkan kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kancil kerana alat gantian bagi kenderaan itu mendapat permintaan yang tinggi di pasaran.

"Ujian saringan air kencing ke atas empat suspek berkenaan mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine.

"Kesemua mereka yang bekerja sebagai petani menjadikan aktiviti mencuri sebagai pekerjaan sambilan bagi menjana pendapatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Zainuddin ketika mengadakan sidang akhbar di IPD Pendang hari ini.
Zainuddin ketika mengadakan sidang akhbar di IPD Pendang hari ini.

Beliau berkata, kenderaan yang dicuri akan dibawa masuk ke sebuah ladang kelapa sawit yang terletak di Kampung Paya Kelubi bagi tujuan peleraian sebelum dijual.

"Kesemua mereka mula menjalankan kegiatan ini di sekitar Pendang dan Alor Setar sejak April lalu," katanya.

Katanya, kesemua suspek ditahan reman sehingga 26 September dan disiasat bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.