Jerebu: Aktiviti harian penuntut Malaysia di Riau terjejas

Ahmad Nasruddin, Afina
Ahmad Nasruddin, Afina
A
A
A

SEPANG - Aktiviti harian penuntut Malaysia di Riau terganggu berikutan bencana jerebu teruk melanda di daerah Indonesia tersebut.

Afina Mohammad Borhan yang merupakan pelajar tahun dua Universitas Islam Negeri Sultan Syariff Kassim berkata, sejak Isnin lalu, bau asap mula memasuki kediaman mereka.

"Selain bau asap, saya mengalami susah untuk tidur," katanya.

Menurutnya, selepas memberi tekanan kepada Rektor Universiti, pihak universiti memberi cuti seminggu bermula semalam selaras dengan pengisytiharan darurat.

"Isnin kami masih ke kelas dan pengajian ditangguhkan selepas Gabenor Wilayah mengisytiharkan darurat," katanya.

Pelajar Jurusan Perbandingan Agama itu berkata, dia memberitahu keadaan semasa kepada kedua ibu bapanya di Bangi, Selangor.

"Saya mengadu dengan ibu tidak tahan dengan keadaan jerebu di sini, namun alhamdulillah, Konsulat mengadakan pertemuan dengan kami untuk proses evakuasi," katanya.

Afina, 21, merupakan 47 kumpulan pelajar pertama tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) jam 1 petang.

Artikel Berkaitan:

Pekeliling berhubung pengajian ditangguhkan.
Pekeliling berhubung pengajian ditangguhkan.

Sementara itu, seorang lagi pelajar universiti sama, Ahmad Nasruddin Ahmad Ridzuan, 25, berkata, tiada pelajar Malaysia mengalami masalah kesihatan teruk.

"Cuma ada yang batuk dan sesak nafas ringan," katanya.

Menyifatkan jerebu perkara biasa di sana, Ahmad Nasaruddin berkata, bencana kali ini tidak seteruk pada 2015.

"Sepanjang belajar di sini, saya rasa paling teruk berlaku jerebu pada 2015, yang mana ketika itu pelajar di sini dibawa pulang ke tanah air menaiki helikopter Charlie.

"Bacaan IPU di Pekan Baru juga menunjukkan penurunan selepas hujan lebat,” katanya.