Terus berhubung dengan red ONE

Stanley (kiri), Leau Woie Jian (dua dari kiri) dan Steven (dua dari kanan) ketika majlis pembukaan Kedai Red red ONE Kiosk Mall kelmarin.
A
A

Syarikat telekomunikasi red ONE Wilayah Timur meraikan rakan niaganya sempena pembukaan kedai red ONE Kiosk Mall di TMG Mall di sini dan Econsave Mall Bandar Pusat Jengka pada 15 dan 21 September lalu.

Pengurus Projek yang juga Pengurus Saluran red ONE Pahang, Stanley Leong berkata, program itu diadakan bagi menghargai dan meraikan rakan niaga red ONE selain menghebahkan kepada masyarakat setempat tentang red ONE Kiosk Mall sudah dibuka dan kini berada di sekitar mereka.

Beliau yang mewakili Penasihat Kanan red ONE Wilayah Timur, Datuk Sulaiman Ahmad berkata, red ONE berbesar hati dan berterima kasih kepada rakan niaga di Temerloh atas kerjasama diberikan bagi menjayakan majlis pembukaan itu.

“Program ini diadakan sebagai satu isyarat kepada masyarakat setempat dan rakan niaga bahawa red ONE sentiasa di hati masyarakat dengan sentiasa membawa slogan red ONE ‘back to basic’ dan red ONE Postpaid Paling Jimat,” katanya.

Stanley berkata, bagi pelanggan red ONE mereka berpeluang menikmati pelbagai kelebihan melalui pelan disediakan termasuk pelan postpaid terbaru yang sentiasa menjadi ingatan iaitu Amazing 28+ dengan data 8GB.

“Kita juga menyediakan pelan Amazing 58 dengan data 25GB termasuk percuma 120GB data untuk YouTube setahun.

“Selain itu kita turut menawarkan pelan SMART68 dengan hadiah telefon pintar Vivo Y91C percuma kepada pelanggan baru dan mengekalkan nombor telefon sama daripada talian lain kecuali Celcom bergantung kepada terma dan syarat,” katanya.

Beliau berkata, sempena Bulan Kemerdekaan ke-62 tahun ini, red ONE turut mengadakan Kempen 62k Giveaway dengan menawarkan hadiah menarik kepada semua pelanggan baharu yang mendaftar dalam tempoh 62 hari, bermula 31 Ogos hingga 31 Oktober 2019.

“Melalui kempen ini, pelanggan bertuah yang terpilih akan menerima baucar Senheng bernilai RM1,000 setiap hari.

“Sebagai menghargai rakan niaganya, red ONE menganjurkan Cabaran Bonanza Kereta BMW X1 dan Perodua Aruz sempena majlis makan malam bersama Rakan Niaga pada Januari 2020 di Genting Highlands,” katanya.

Majlis pembukaan turut dihadiri Pengurus Jualan Pahang red ONE, Leau Woie Jian dan Pengarah Jualan Wilayah Timur red ONE, Steven Yong.