Polis lupus dadah, peralatan RM3.1 juta

Kamarudin (tengah) menunjukkan sebahagian barangan kes yang akan dilupuskan di Syarikat Kualiti Alam Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan pada sidang media di IPK Johor hari ini.
Kamarudin (tengah) menunjukkan sebahagian barangan kes yang akan dilupuskan di Syarikat Kualiti Alam Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan pada sidang media di IPK Johor hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor akan melupuskan dadah dan peralatan memproses dadah bernilai RM3.1 juta bagi kes sejak 2017 sehingga tahun lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, kesemua barangan kes itu akan dilupuskan di Pusat Kualiti Alam, Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan.

"Kita akan lupuskan barangan kes dadah sebanyak 444.5 liter pelbagai jenis termasuk peralatan yang telah selesai proses analisis kimia dan perundangan.

"Barangan kes yang akan dilupuskan ini kebanyakannya daripada kes bongkar makmal proses dadah di Kong Kong tahun 2017. Kes pun dah selesai dan sudah dituduh di mahkamah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.

Kamarudin (kanan) bersama pegawainya meninjau tong-tong berisi barangan kes dadah yang akan dilupuskan di Syarikat Kualiti Alam Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan pada sidang media di IPK Johor hari ini.

Katanya, barang kes yang akan dilupuskan melibatkan enam tong metanol, enam tong asetone, 200 botol asid hidroklorik, 40 tong plastik 3,4 Methylenedioxy Phenyl-2-Propanone dan 21 tong plastik bagi cecair tidak berwarna.

Selain itu, beberapa peralatan memproses dadah yang turut akan dilupuskan termasuklah dua buah mesin, penimbang dan loyang besi.

Pada 2018, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) telah melupuskan 66.43 kilogram barangan kes dadah dan 60 liter ubat batuk yang dirampas bernilai RM9.8 juta

Artikel Berkaitan:

Manakala April lalu, JSJN telah melupuskan barangan kes dadah sebanyak 159.07 kilogram dan 42.3 liter pelbagai jenis dadah bernilai RM20.61 juta.