Cuaca buruk, pasukan SAR sukar ke lokasi serpihan pesawat

A
A
A

TIMIKA - Cuaca buruk menyebabkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) ke lokasi serpihan pesawat jenis Twin Otter DHC6-400Twin PK-CDC terhempas tergendala.

Ketua Operasi, Syahril berkata, sepatutnya kerja-kerja pemindahan telah bermula hari ini namun helikopter tidak berjaya menurunkan pasukan SAR.

"Pasukan SAR masih belum dapat ke lokasi serpihan pesawat. Hal itu disebabkan awan tebal ditambah angin kuat menyebabkan helikopter yang digunakan sukar melakukan pendaratan," katanya.

Disebabkan operasi tergendala ia akan dipanjangkan sehingga Jumaat.

Serpihan pesawat tersebut ditemui pasukan mencari pada Ahad di kawasan pergunungan, sekitar 10 kilometer (Km) dari Desa Mamontoga.

Lokasi penemuan serpihan pesawat Twin Otter PK-CDC itu agak melencong dari laluan biasanya dilalui pesawat tersebut dalam rutin penerbangan dari Timika menuju Ilaga.

Selepas serpihan pesawat itu dijumpai, proses pemindahan teknikal dijadualkan dengan mewujudkan pos kecemasan di kampung Mamontaga.

Manakala pasukan seterusnya akan bergerak dari Mamontaga ke lokasi dengan menggunakan helikopter untuk proses pemindahan mangsa, kotak hitam dan bangkai pesawat.

Artikel Berkaitan:

Pesawat jenis kargo itu dilaporkan terputus hubungan dengan kawalan trafik udara pada Rabu lalu.

Pesawat Twin Otter DHC6-400 berlepas dari bandar Timika pada jam 10:39 pagi (waktu tempatan) menghala ke Ilaga sebuah kawasan pergunungan di wilayah timur terpencil Papua dan dijangka tiba 50 minit selepas berlepas.

Namun, selepas lebih dua jam, tiada sebarang maklumat dari lapangan terbang berhampiran berhubung lokasi pesawat sehingga pesawat itu diumumkan terputus hubungan. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat kargo hilang di timur Indonesia