X

Kindly register in order to view this article
!

'Saya tidak sehebat Messi'

Virgil van Dijk
A
A

TONGGAK pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk mengakui tidak kecewa apabila gagal meraih anugerah Pemain Terbaik Tahunan Lelaki FIFA 2019.

Menurut van Dijk, bintang Barcelona yang juga kapten Argentina, Lionel Messi sememangnya berhak merangkul gelaran tersebut pada majlis yang diadakan di Teatro Alla Scala, Milan awal pagi tadi.

"Pihak-pihak yang telah membuat undian telah membuat keputusan mereka dan kita semua harus menerima. Jika ditanya kepada pihak di luar sana, mereka tidak boleh membandingkan saya dengan Messi kerana kami sangat berbeza. Saya tidak sehebat Messi.

"Apa yang boleh saya katakan, saya sudah cukup berasa bangga apabila berada dalam senarai pendek calon anugerah ini. Kecewa? Kamu tidak akan kecewa kerana kamu berada dalam salah satu kelab terbaik dunia," katanya.

Messi dipilih meraih anugerah itu buat kali pertama selepas merekodkan 51 gol sepanjang musim lalu termasuk membantu Barcelona mempertahankan kejuaraan La Liga.

Biarpun pada mulanya disebut-sebut sebagai pilihan utama meraih anugerah itu, van Dijk yang telah ditabal sebagai Pemain Terbaik Lelaki UEFA bulan lalu tetap berasa bangga dengan apa yang dicapainya setakat ini.

"Hari ini sayangnya saya tidak memenangi anugerah itu tetapi berada dalam senarai kesebelasan terbaik dunia juga sudah boleh dianggap satu pencapaian yang membanggakan," ujar kapten Belanda itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!